ads nuffnanf

Tuesday, 18 April 2017

TIPS DAN TEMPAT MEMILIH AUDIO INTERFACE MURAH



TIPS DAN TEMPAT MEMILIH AUDIO INTERFACE MURAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

Saya telah membincangkan tentang cara dan apa yang perlu untuk memiliki home recording studio di artikel sebelumnya. Ramai yang bertanyakan kepada saya secara peribadi melalui FB mengenai audio interfaces. kalau belum baca sila klik > cara-membuat-home-recrding-studio-atau mini studio . Untuk entri kali ini, saya akan membincangkan tentang Audio Interface dengan lebih lanjut tentang kualiti dan tempat untuk membelinya dengan harga murah dari Music Store. Artikel kali ini lebih kepada pemilihan Audio Interface mengikut bajet.


CONTOH FLOW SIGNAL 


Audio Interface adalah peralatan atau komponen untuk menghantar dan menerima isyarat dari instrumen, microphone dan lain2 peralatan muzik ke komputer anda kemudian mengeluarkan isyarat ke monitor atau speaker anda. Ia juga bergantung kepada jenis Audio interface anda. Ada yang dapat terima isyarat dari misc sahaja dan ada juga yg dibina untuk menerima isyarat dari isntrumen dan mic. Dalam erti kata lain, korang boleh jadikan komputer korang sebagai Amp Simulator atau sebagai Recording device dengan menggunakan DAW dan Audio Interface.

p/s ; saya guna komputer je main gitar. tak perlu cari amp mahal2 kat luar. XD

Banyak jenis jenis audio interface yang berada di pasaran sekarang mengikut kehendak dan bajet pengguna. Pemilihan Audio interface terpulang kepada keperluan dan kemampuan individu. Audio Interface yang saya maksudkan adalah USB audio interface.

Antara pilihan yang saya rekomen untuk dijadikan "STARTER PACK" terdapat di pasaran adalah seperti senarai2  dibawah.

1. Guitar to USB Interface Link Audio Cable PC/MAC Recording Adapter  

LOW BUDGET tapi boleh jalan dah. :P

HARGA ; RM24.30

Haa, yang ni paling murah. Untuk jenis yang macam ni, korang cuma boleh record guitar sahaja. Saya pernah menggunakan Audio Interface jenis mcm ni ketika baru nak mula dengan Home recording dulu. Not bad untuk permulaan. hehe. Biasanya, ia disertakan sekali dengan driver dalam bungkusan. Harga dalam lingkungan RM20 - RM70. banyak pilihan. Dulu saya beli yang paling murah je, RM24.30.  Kalau nak beli boleh klik Link Dibawah.

BELI/REVIEW DI SINI  ➨ Guitar to USB Interface Link Audio Cable PC/MAC Recording Adapter

   p/s : yang cenggini saya sarankan kepada yg betul2 takda bajet besar, tapi nak try jugak.



2. Behringer XENYX 302USB 5-Input Compact Mixer




HARGA ; RM299.00

Xenyx 302 USB ni nampak macam mixer. Size tak besar dan ringan. Ia juga boleh digunakan sebagai Audio Interface. Yg ni advance lagi banyak dari yg first tadi. banyak input Seperti RCA, XLR, dan TRS. Maksudnya korang boleh plugin gitar, mic atau line in dari audio device anda yg lain seperti hp,mp3 dan sebagainya. 

p/s ; Dulu sy nak beli yg jenis ni kat music store. Lepas kena nasihat org yang lebih arif, sy ambik Scarlett je. Jangan salah faham pulak,  sy tak kata produk ni tak bagus. boleh try. Value for money org kata kann.. hehehe

Berminat dengan produk ni? klik link dibawah :)

BELI/REVIEW DI SINI  ➨ Behringer XENYX 302USB 5-Input



3. Focusrite Scarlett Solo (2nd gen) USB Audio Interface



HARGA ; RM450.00

Focusrite Scarlett Solo 2i2 (2nd gen) ni saya galakkan beli kalau budget anda cukup. Sangat berbaloi kerana terdapat FREE Daw disertakan sekali. Tak payah korang susah2 cari Crack version. ;P


Korang boleh sambungkan gitar atau mic atau kedua duanya sekali. 
Spec tertera di bawah;

  • One natural-sounding Scarlett mic preamp with plenty of even gain; one newly-designed instrument input, designed to handle seriously hot guitar pick-ups.
  • Class-leading conversion and sample rates up to 192kHz / 24 bit
  • Super-low latency for using your plug-ins in real time without the need for DSP (measured at 2.74ms, working at 96kHz with a 32 samples buffer)
  • Stereo line outputs on RCA phono for connecting to home speakers; one headphones output with gain control
  • Includes Pro Tools - First Focusrite Creative Pack and Ableton Live Lite, Focusrite Control, Softube Time and Tone Bundle, Focusrite’s Red Plug-in Suite, 2GB of Loopmasters samples


Kalau berminat dengan yang ni, klik link dibawah.

BELI/REVIEW DI SINI  ➨  Focusrite Scarlett Solo (2nd gen) USB Audio Interface


4. Yamaha Steinberg UR12 2 x 2 USB 2.0 audio interface with 1 x D-PRE and 192 kHz support  






Yamaha Steinberg UR12 2 x 2 USB 2.0 lebih mahal sedikit ari Focusrite solo. Fungsinya tetap sama, jenama terbukti. Free Daw juga disertakan sekali, iaitu cubase( ramai org guna ). so korang tak rugi pun beli Audio Interface ni. 

Spec tertera dibawah.


  • 24-bit/192 kHz
  • One Class-A D-PRE mic preamp
  • Major recording software compatible
  • iPad connectivity
  • Latency-free hardware monitoring
  • Cubase AI included & Cubasis LE include
  • Power source selector
  • Rugged metal casing

Berminat dengan produk ni? sila klik link dibawah.


BELI/REVIEW DI SINI  ➨ Yamaha Steinberg UR12 2 x 2 USB 2.0 audio interface with 1 x D-PRE and 192 kHz support


5. Presonus AudioBox iTwo 2x2 USB/iPad Recording System




HARGA ; RM 680.00

Presonus AudioBox iTwo 2x2 ni pulak advance lagi dari yg diatas. Mempunyai 2 input untuk XLR, 2 input TRS dan 1 input untuk midi. Kalau rasa2 nak guna banyak input, meh ambik yang ni. hehe. Juga disertakan free software. mahal2 mesti ada software kan. ;p 

Spec ;


  • Bus-powered USB 2.0/iPad audio and MIDI interface
  • (2) combo mic/instrument/line inputs with low-noise, high-headroom, Class A mic preamplifiers and +48 V phantom power; (2) 1/4 " TRS Main and (1) 1/4 " Headphone outputs
  • Start recordings with Capture Duo for iPad one-tap recording application, then finish songs with wireless transfer to included, easy-to-use Studio One music production software for Mac/Windows
  • Software includes 27 Native Effects, 4 virtual Instruments, and over 6 GB of beats and sample content
  • Compatible with almost all recording software for Mac, Windows, and iPad
  • Studio-quality 24-bit resolution; 44.1, 48, 88.2, and 96 kHz sampling rate


Berminat dengan produk ni? sila klik link dibawah.

BELI/REVIEW DI SINI  ➨ Presonus AudioBox iTwo 2x2 USB/iPad Recording System




DAN AKHIR SEKALI,

BUNDLE PACKAGE!!!!

6. Focusrite Scarlett 2i2 Studio Package - 2nd Generation  


HARGA ; RM 1,090.00

Yg ni sangat berbaloi. Agak mahal tapi berbaloi baloi.  Korang beli ni, dapat audio interface, condenser mic, Headphone, software dan xlr cable. korang tak payah susah susah cari headphone dan mic lagi, yang ni kira ok dah untuk beginner. Cuma beli stand dan pop filter je. XP

Spec;

  • Get everything you need in one box, and start recording straight away
  • Two natural-sounding Scarlett mic preamps with plenty of even gain
  • Large diaphragm CM25 condenser microphone and 3m / 10' Microphone cable
  • Two newly designed instrument inputs, designed for seriously hot pick-ups
  • One headphones output with gain control
  • Studio quality HP60 closed-back headphones.
  • Class-leading conversion and sample rates up to 192kHz / 24 bit
  • Super-low latency* for using your plug-ins in real time without the need for DSP

berminat dengan pakej ni? klik link dibawah. 


BELI/REVIEW DI SINI  ➨  Focusrite Scarlett 2i2 Studio Pack (2nd Gen)




Sekian sahaja penerangan dan cadangan untuk korang yang nak beli Audio interface. diharapkan posting kali ini dapat membantu rakan2 diluar sana untuk mencari Audio interface pilihan hati yer.. :D
jgn lupa komen atau beri cadangan kat ruangan komen dibawah. kalau ada salah silap dalam post kali ni, sila betulkan saya. (saya budak baru belajar). sekian terima kasih. jgn lupa share tau!
















4 comments:

  1. Replies
    1. Bagaga Bonggo Blogger: Tips Dan Tempat Memilih Audio Interface Murah >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Bagaga Bonggo Blogger: Tips Dan Tempat Memilih Audio Interface Murah >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Bagaga Bonggo Blogger: Tips Dan Tempat Memilih Audio Interface Murah >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK qi

      Delete
  2. Penuh Bermakna bagi saya ..baru menjinak2 dalam dunia interface ..

    ReplyDelete

Bila Lirik Lagu Melayu di translate Berkali-kali, Inilah hasilnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan rakan, Pernah tak korang bosan sangat sehingga korang tak tau lagi nak buat apa? Haaaa, ni...