Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pasti pembaca artikel ini adalah seorang ahli muzik, tak kira jika anda adalah seorang guitaris, drummer, bassist atau penyanyi.
Apa yang penting anda adalah ahli muzik yg ingin memiliki home studio sendiri. Saya tak janjikan bahawa artikel saya adalah 100% tepat dan murah. Saya harapkan agar artikel ini dapat membantu mewujudkan idea untuk anda memulakan atau membina home studio sendiri.
Hasil rakaman / mixing yang baik dan berkualiti tak semestinya datang dari Instrument/component yang mahal. Kini, menghasilkan sebuah lagu tidaklah sesusah yang disangka.
Ok, straight to the point je. Apa yg anda perlukan untuk memiliki "home studio" adalah seperti senarai dibawah ;
PERLU ADA;
1. Computer / Laptop ( windows / mac )
2. Software / Digital Audio Workstation ( DAW )
3. Audio Interface
4. Condenser Microphone
5. Condenser Mic Stand
6. Pop filter untuk Condenser Mic
7. Studio monitoring Headphone atau Studio Monitor speaker
8. Instrument ( guitar, drum dan lain2 kalau ada )
KEGUNAAN / FUNGSI
1. COMPUTER / LAPTOP
komputer atau laptop adalah komponen utama jika anda berniat untuk memiliki home studio. Ia ibarat jantung kepada Home Studio anda. Spec komputer atau laptop anda sekurang kurangnya Windows 7 dan keatas atau Mac.
Specs ;
Processor : Intel Dual Core dan keatas (kalau ada i series seperti i5 dan i7 lagi baik.)
Ram : minimum 2 gb dah boleh jalan dah.. saya rekomen 4gb keatas. :)
Storage : minimum 500gb dan keatas
2. SOFTWARE ( DIGITAL AUDIO WORKSTATION )
Untuk Digital Audio Workstation ataupun nama singkatny DAW, anda boleh dapatkan software free ataupun beli. Part ni saya tak rekomen download Crack Version. Antara kekurangan crack version adalah tak boleh update, tak full version dan yang paling penting anda guna software Pirated version. kalau betul2 takde pilihan lain, apa boleh buat kan? :p Kalau nak lagi bebaloi, pegi beli audio interface yg ada bagi FREE DAW sekali dalam package. Dah lah bebaloi, legal pulak tu. Nanti sy terangkan kat bab Audio interface.
Senarai DAW yg anda boleh cuba. ada yang free dan ada kena beli. Kalau pandai cari yg free tu nasib baik ler.
1. Cubase
2. Reaper
3. Fl studio (popular untuk music RnB, Edm dan sewaktu dengannya.)
4. Ableton Live
5. ProTool
6. Audacity
dan bayak lagi.
3. AUDIO INTERFACE
Haaa. Part yang paling ditunggu tunggu. Apa itu AUDIO INTERFACE?
Audio Interface adalah peralatan atau komponen untuk menghantar dan menerima isyarat dari instrumen, microphone dan lain2 peralatan muzik ke komputer anda kemudian mengeluarkan isyarat ke monitor atau speaker anda. Ia juga bergantung kepada jenis Audio interface anda. Ada yang dapat terima isyarat dari misc sahaja dan ada juga yg dibina untuk menerima isyarat dari isntrumen dan mic.
Rupa audio interface tu lebih kurang mcm ni ;
 |
yg ni sangat saya rekomen untuk guna. quality terbaik lebih2 lagi untuk yang baru nak mula berjinak jinak dengan home recording. Brand dia Focusrite scarlett 2i2
|
kalau nak tahu lebih lagi pasal audio interface mana sesuai digunakan,
klik sini ➨
TIPS DAN TEMPAT MEMILIH AUDIO INTERFACE MURAH
4. CONDENSER MIC , MIC STAND DAN POP FILTER.
Korang nak record suara? kenapa tak boleh guna mic biasa je? Memang tak boleh. Condenser Mic ni dicipta khas untuk kualiti maksimum dalam perakaman suara. Ianya sangat sensitif sehingga bunyi aircond pun ia dapat rakam (kalau aircond korang bising) . Sebenarnya semua bergantung cara set up mic tersebut. Kalau dah ada mic tu, mesti ada stand kan. Takkan la korang nak pegang je mic tu semasa Recording . Dan yg terakhir sekali, korang kena ada Pop Filter agar sebutan atau perkataan yang ada huruf P,B dan sewaktu dengannya tak terlalu kuat sehingga menjejaskan hasil rakaman suara,
 |
Mic Stand, Condenser Mic dan Pop filter.
|
5. STUDIO MONITOR / MONITORING HEADPHONE
Part yang ni, anda mempunyai 2 pilihan samaada menggunakan headphone atau speaker. Saya sarankan dapatkan kedua duanya. Boleh guna headphone biasa tak? jawapannya BOLEH tapi kualiti TAK elok. Untuk yang serius, sila beli MONITORING HEADPHONE. Biasanya headphone ini direka dengan kadar 0dB atau dengan kata lain Flat Frequency . Bass tak lebih tak kurang, Treble begitu juga. Kalau mampu, sila beli studio monitor juga. Untuk Kepuasan berganda dalam proses rakaman. Tapi kalau dah ada headphone tu dah kira ok dah.
6. INSTRUMENT
Kalau korang memang dah memiliki instrument seperti gitar dah cukup elok dah. Korang boleh Plug and Play je kalau dah ada semua yg saya nyatakan diatas. Gitar ni tak kisah la brand apa pun. Dulu saya mula dengan brand ntah apa2 dan sampai sekarang masih menggunakkan instrument yang sama. ( ada upgrade sikit la ) . Apa yang penting, korang boleh main, ada bakat, kesungguhan belajar, Insha Allah, makin bertambah ilmu korang.
Saya berharap artikel saya ini dapat membantu menerangkan sedikit sebanyak tentang peralatan yg perlu anda miliki untuk memelakan HOME STUDIO anda. Nantikan artikel saya mengenai Audio Interface dan peralatan yg lain! sekian... Majulah Music untuk negara. :P